MENCARI HAKIKAT SEORANG INSAN

MENCARI HAKIKAT SEORANG INSAN

Jumaat, 29 Januari 2010

ALLAH YANG MAHA BESAR



Allah adalah bukti dan tidak memerlukan bukti lagi,Allah adalah bukti sesuatu kerana sesungguhnya dia adalah yang mutlak.

Sebagai seorang manusia biasa sentiasa ingin mencari bukti dan mencari sebab-sebab yang dikira dapat melemahkan dan menyerupakan persoalan dengan dirinya.

Isnin, 25 Januari 2010

Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri. Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan. Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama. Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap. Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik. Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana. Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama. Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan. Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan.
Kejayaan membawa kepada impian, hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.
Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi" Wanita itu sendiri adalah rahsia Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian, Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Selasa, 12 Januari 2010

ALLAH ITU SATU

BUKANLAH ORANG ARIF ORANG YANG MEMPEROLEHI ISYARAT LALU MERASAKAN ALLAH S.W.T LEBIH DEKAT DARI ISYARATNYA. ORANG ARIF ADALAH ORANG YANG TIDAK MENYEDARI ISYARAT KERANA FANA DALAM WUJUD ALLAH S.W.T DAN DILIPUTI OLEH SYUHUD (PENYAKSIAN) KEPADA ALLAH S.W.T
Sekiranya Allah swt didahului oleh tiada nescaya ada yang memberi kesan pada kewujudan-Nya. Jika demikian halnya, maka Dia tidak layak menjadi Tuhan kerana yang berhak menjadi Tuhan ialah yang wujud sebelumnya dan yang mengadakannya. Jika tiada yang lain selain Dia, maka Dialah yang disifatkan Qadim daAllah swt mengurniakan manusia sedikit daripada limpahan sifat-sifat-Nya sebagai alat persediaan atau kelengkapan yang dapat dipergunakan oleh manusia untuk memikul beban taklif yang kerananya manusia diciptakan… Sifat-sifat yang tersebut adalah sifat Zatiyyah nisbah kepada Allah swt. Adapun nisbah kepada manusia maka sifat-sifat tersebut bukan sifat Zatiyyah kerana pada hakikatnya sifat-sifat tersebut hanyalah limpahan Ilahi kepada manusia. Jauh sekali kiranya pengertian atau kefahaman seperti ini memastikan manusia menjadi sekutu Allah swt. Muhammad Said Ramadhan Al Buti, Keyakinan Hakiki, 124 (1996).n Dialah Tuhan sebenarnya

Jumaat, 1 Januari 2010

NUKILAN RASA NURSUCI

JANGAN BERDUKA CITA DENGAN APA YANG TIDAK DIPEROLEHI
TAPI TERUS BERSUKUR DENGAN APA YANG TELAH DIANUGERAHKAN DAN DIBERIKAN NIKMAT.