MENCARI HAKIKAT SEORANG INSAN

MENCARI HAKIKAT SEORANG INSAN

Selasa, 23 Februari 2010

PINTU KESABARAN

"Pintu terdekat dengan pintuKu adalah pintu kesabaran'demikianlah kata Tuhan kepadaku,"tiada pintu lagi antaraKu dan antaranya,dan pintu-pintu lain berada dibelakang pintu sabar,setaip pintu satu hijab dan pintu kesabaran tidaklah berhijab maka hendaklah engkau iqamah didalamnya.
"Engkau menginginkan Tuhanmu"......?

"Hendaklah engkau memandang kepadaNya dan bersabarlah,hingga Dia mendahlui!

Engkau menginginkan Tuhanmu".......?

Hendaklah engkau memandang kepadaNya dengan penuh kekhusyukan,sampai Dia mengajakmu!

Tutur Tuhan kepadaku: "Bila engkau menjadi seorang yang mulia dengan kesabaran atasKu dan kesabaran atasKu itu menjadikan engkau mulia ;kerana sesungguhnya engkau telah berdiri di'gerbang kesabaran",berarti engkau berdiri di kemulian,maka ucaplah kalimat-kalimat pintu kesabaran.

Dan kataNya "kalimat-kalimat pintu kesabaran ialah "Ya Tuhanku! Engkaulah yang berkuasa berbuat sesuatu".

*********************************************
Ia telah mendatangi hambaNya dengan suruhan :"Hendaklah engkau mengerjakan sesuatu ini dan itu",Ia mendatangi hambaNya dengan membawa hijab agar hambaNya tidak melihat amal perbuatannya!....(hingga membayangkan pada sihamba ,bahawa Dialah yang beramal).

Ia pula menguji.

ia pula mencuba

Hamba itu telah termakan fitnah oleh amal perbuatannya (dan terkhayal bahawa Dialah yang mengatur segala urusan dan melaksanakannya)

Lalu apa yang yang dikerjakan oleh sihamba itu?

Ia harus bersabar demi Tuhannya ia harus bersabar dengan Tuhannya hingga tiba saatnya"keyakinan mendatanginya(itulah saat tibanya kematian dan teungkaplah tabir hijab).

Bila ia diserang dengan hayunan pedang hendaklah ia maju menghadapinya(Allah berfirman tentang pejuang-pejuang Badar,antara kaum muslimin dan kuffar)


فَلَمْتَقْتُلُوهُمْوَلَكِنَّاللّهَ قَتَلَهُمْوَمَارَمَيْتَإِذْرَمَيْتَ وَلَكِنَّاللّهَرَمَىوَلِيُبْلِيَالْمُؤْمِنِينَمِنْهُبَلاءحَسَناًإِنَّ اللّهَسَمِيعٌعَلِيمٌ

Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin, dengan kemenangan yang baik. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(QS. 8:17) ::Terjemahan:: ::Tafsir:: ::Asbabun Nuzul::

maka inilah ungkapan hakikat,dialah yang membunuh kuffar itu...satu persamaan yang terjadi pada zahirnya....kaum muslimain telah bersabar penuh ketabahan gigih mempertahankan mereka diserang oleh pedang mereka,malahan mereka maju dan tetap melakukan perlawanan..(Inilah kunci pembuka pintu dan pembuka rumusan teka-teki.)

Sabtu, 20 Februari 2010

APA-APA YANG DISERUKAN ALLAH KEPAD HAMBANYA

  1. Hai hamba!" bila engka telah menghilangkan(melalaikan)hikmat kebijasanaan apa yang engkau telah ketahui,maka apa yang engkau perbuat dengan ilmu yang tiada engkau ketahui itu?"
  2. Hai hamba "kesedihan yang menimpa dirimu adalah kesedihan yang sebenar-benarnya(yakni bila engkau telah melalaikan daku,mka sesungguhnya engkau telah melalaikan sesuatu yang tiada gantinya)"
  3. Hai hamba"kalau bukan kerana somadKu (somad=kesudahan dari semua pinta),nescaya engkau tidk menemui tujuan permintaan mu dan kalau bukan keranaDawamKu(dawam=yang terus menerus tampa hentinya),nescaya engkau bosan (tidak akan terus menerus).
  4. Hai hamba'Aku lebih utama bagi mu daripada apa yang kunyatakan,sedangkan engkau lebih utama bagiKu dri apa yang ku sembunyikan".
  5. "Tanda ampunanKu didalam suatu ujian ialah bahawa ujian itu menjadi suatu ilmu pengetahuan bagi mu"
  6. "Siapa yang Ku bodohkan,kuberi dalih dengan kejahilan,Aku bermusliahat dengan ilmu pengetahuanKu terhadap siapa yang ku bodohkan:.
  7. Hai hamba!"andaikan kuberitahukan pada mu apa yang terkandung didalam penglihatan mu itu maka pastilah engkau merasa sedih masuk kedalam syurga

Khamis, 18 Februari 2010

SIAPAKAH KITA?DARIMANA AKAN KEMANA DAN APAKAHDIA RUH DAN KALBU

Sabda rasulluallah s.a.w

Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam ada seketul daging bila ia baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat nescaya jahatlah anggota tubuhnya ketahuilah iaitulah kalbu. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
Hati dalam diri manusia laksana raja pemerintah yang sangat ditaati oleh rakyat,manakala anggota-anggota badan yang zahir laksana rakyat jelata yang sentisa patuh kepada perintah raja.
Apa bila ia memerintah tangan supaya menampar maka menamparlah ia begitulah seterusnya,hati juga dipanggil hakikat keakuan iaitu aku itu aku ini,aku pergi kesana aku pergi kesini dan aku itu aku ini maka AKU itulah yang sebenarnya hakikat insan.

Rabu, 17 Februari 2010

Selasa, 16 Februari 2010

MENGINGATI KEMATIAN

Disebalik kehidupan sekarang ini,kita mesti mati dan mati tidak dapat kita tolak atau lari,satu alamat yang tidak pernah berubah dibumi ialah pintu kubur kemanapun kaki kita melangkah kemanapun kita pergi untuk menyembunyikan diri kebenua manapun namun apabila tiba waktunya dan tiba saatnya dan tepat ketikanya pintu kubur menganga menanti kedatangan kita,mahu tidak mahukita terpaksa pergi juga.

Firman Allah Surah Yunus ayat 49 yang bermaksud

Apabila telah datang ajal mereka mereka tidak dapat mengakhirkan seasaatpun atau mendahulukan sesaatpun.



Ahad, 14 Februari 2010

PENGLIHATAN YANG AGUNG

Tuhan bertutur kepada ku .....pertama hijab adalah hijab bagi penglihatan (Ar_Ru'yah)dari penglihatan beralih kehijab "pendengaran'....engkau mendengar demi untuk Allah dan pendengaran itu bertingkat-tingkat..."dari pendengaran demi untuk Allah'berlaih kehijab "pendengaran demi untuk Allah"beralih kehijab "diam untuk Allah dan diam itupun bertingkat-tingkat pula".

Tutur kataNya pula:'...Bagaimana hingga engkau diam membisu?mengapa tidak engkau fikirkan?..."Mengapa engkau tidak berkemahuan?"Aku pun menjawab:"Maulaya(perlindungku) bagaimana aku tidak memikir?...Maulaya.bagaimana aku tidak berkemahuan?"
Diapun membalas "bila sudah jelas bagimu bahawa Akulah perlaksana segala sesuatu,untuk apa pula engkau memikir?..kalau sudah terlihat segala sesuatu adalah perbuatanKu sedang engkau terhijab tidak melihatku ,barulah engkau memikir ...Bila engkau telah memikirkan,nescaya jiwamu akan datang kepadamu memberi jawapan.."Yang ini perbuatanNya dan yang ini perbuata mu!".

Bila engaku dihadapkan pada pemisahan yang sebenarnya tidak ada pemisahan nescaya akan berpisahlah engkau..bila engkau diperlihatkan tercerainya-tiada percerian yang sebenarnya nescaya engkau bercerai pula..Bila terputus kaitan oleh perceraian,engkau akan datang kepadaKu dengan mempersiapkan pengaduan dan perbantahan serta mahu merebut apa yang Kupunyai..ketahuilah engkau telah melihat kepadakKu bahawa Akulah pelaksana merangkap pelaku atas segala sesuatu,jangan dengan ilmu untuk mengetahui pelaksana dan pelaku setiap sesuatu...dengan demikian engkau akan membisu demi untuk ku,dan tidak lagi engkau memikirkan sesungguhnya pembahasaan mendalam dalam ilmu pengetahuan itulah yang menyebabkan membetik engkau agar berfikir

Tuhan berkata pula kepadaku "Bila telah terungkap padamu antara perbuatan dan yang melakukan dari balik punggungmu bukan diantara kedua tangganmu (Bila engakau melihatKu akulah yang berbuat bukan engkau)..dan engkau telah melihat tiada diantaraKu dan antaramu perbuatan nescaya tiadalah engkau berkemahuan keras..

Tuhan menyambung lagi kataNya...Aku mempunyai perkataan-perkataan suatu pandangan berupa"kata",dan Aku mempunyai perbuatan-perbuatan suatu pandangan berupa "pelaksanaan"dan aku mempunyai suatu pandangan berupa"pelaksanaan"dan Aku mempunyai ilmu-ilmu suatu pandangan berupa ilmiah dan terhadap sesuatu pandangan berupa"berdiri"(Qoyyumiah),dan setiap pemandangan berkisr pada siapa yang melihatnya,apa yang dilihatnya (pandangan berupa ucapan kata ialah bila salah satu dari kita bersama dalam suatu ketika telah mengeluarkan kata..dengan sebutan"aku" maka terasalah bahawa Allah yang menggerakan lisanku untuk mengatakan ucapan yang demikian,maka maka terhindarlah aku dari bahaya kebinasaaan dan sudah diselamatkan satu hal yang memusnahkan.
Ucapan itu merupakan pengakuan tulus yang seakan-akan melihat Allah dalam iringan ucapannya dan pandangan berupa ilmu,ialah alim ulama yang mengatakan dalam suatu ketika aku merasa bahawa Allah mengilhami diriku dengan ungkapan yang demikian maka ia seakan-akan melihat Allah dalam ilmunya.








.

Sabtu, 13 Februari 2010

DOA KU PADA MU

Ya Rabbi
untuk mengharungi lautan hidup didunia ini hamba rasa gentar
tolonglah aku pimpinlah aku tujukilah aku
hamba tidak sanggup berlayar keseorangan
aku mahu teman
siapakah teman yang baik selain kau
oleh itu aku mahu berteman dengan engkau

Ya Rabbi
untuk masuk kegelanggang pergolakan hidup dengan manusia hamba juga rasa gentar
aku tiada terdaya berhadapan dengan seribu satu masalah
aku mahu pertolongan dan bantuan engkau
tolonglah hamba bantulah hamba
janganlah kau kalahkan aku dalam gelanggang ini
hamba mahu menang
hamba mahu penolong
siapakah yang lebih baik sebagai penolong melain engkau
oleh itu hamba mahu pertolongan engkau

Khamis, 11 Februari 2010

MAKNA USIA

Belum habis telapak kaki orang-orang yang menghantarnya kekubur,seorang hamba(yang telah habis usianya)akan ditanya mengenai empat perkara,iaitu usianya kemana ia dihabiskannya,tubuhnya untuk apa digunakannya,ilmunya seberapa yang diamalkannya serta harta dari mana ia diperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya.

(Hadis riwayat Tirmidzi)

Kurnia Allah yang paling berharga yang diberikan kepada manusia adalah usia,kekayaan dan kekuatan tidak berarti apa-apa jika usia telah tiada.

Menurut Ar Razi jika hilangnya masa difahami sebagai hilangnya modal,sedangkan modal manusia adalah usia yang dmilikinya.

Manusia pun selalu mengalami kerugian sebabnya setiap saat dari waktu kewakti usia yang menjadi modal semakin berkurang.

Tidak diragukanlagi jika usia itu digunakan untuk maksiat ia benar-benar mengalami kerugian,bukan hanya tidak mendapatkan ganti rugi apa pun dari modalnya yang hilang namun lebih dari itu.

Apa yang dilakukan dapat membahayakan dan membahayakandan mencelakan dirinya begitu juga usianya dihabiskan untuk mengerjakan perkara-perkara yang harus ia tetap dikatakan sebab usia yang menjadi modalnya habis tampa meninggalkan dan menghasilkan apa pun bagi dirinya.

Untuk itu usia haruslah dimanafaatkan sebaik-baiknya ,suatu hari seorang murid bertanya kepada gurunya "Apa makna usia"?jawapannya adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulluah s.a.w. "Apabila hari ini amal perkerjaan mu masih sama dengan hari kelmarin,berarti kamu merugi,bila lebih buruk dari kelmarin terkutuk namanya bila baik barulah beruntung.

ALLAH YANG SATU

Jika Allah berada dimasjid
Siapakah yang memiliki alam diluar masjid
Jika Allah berada didalam Kaabah
Siapakah yang berada diluar kaabah
Jika Allah berada dibarat
Siapakah Tuhan di timur
Jika Allah berada ditimur
Siapakah Tuhan dibarat

Lihatlah dirimu
Siapa kamu

Semua manusia didunia adalah makhlukNya
Semua alam diliputiNya
Segala sesuatu dalam gengamanNya
Allah ada dimana kamu berada
Wakaupun dimana saja

Itulah Guru hakiki
Itulah pembimbing HAKIKI

Rabu, 10 Februari 2010

ERTI MAKNA ISLAM

Allah berseru kepada hambaNya
Hendaklah engkau menyerah kepadaKu dengan sepenuh hati mu,dan menyerah kepada perantara-perantaradengan tubuh mu supaya engkau bersamaku dengan kemahuan kerasmu,dan bersama selain ku dengan akal budi mu...Maka engkau sentiasa menghimpun kemahuan kerasmu atasku.
Tiada bahagian bagi selainKu terhadap dirimu kecuali hanya kehadiran mu bersamanya dengan akal budimu saja...,maka jangan engkau berdukacita atas kesempatan yang luput daripadamu dan jangan engkau besukaria atas kurnia yang dianugerahkanNya kepada mu dan jangan cepat-cepat marah kepada orang yang menyakiti hatimu,jangan pula bermegah dengan kekayaanmu dan menepuk dada menyombongkan ilmu pengetahuan mu.
Waspadalah jangan terpadaya terhadap kurniaKu dan jangan putus harapan kerana ujianKu dan jangan berjinak bermanja dengan sesuatu selainku.
laksanakan saja apa yang menjadi perintahKutampa menoleh kebelakang hal mu kalau demikian sama dengan malaikatKu yang berkemahuan teguh.
Bila engkau berlengah-lengah menanti perintahKu(sedangkan engkau sudah mengetahui) maka hal yang demikian terang-terangan engkau melanggar perintahKu

Jumaat, 5 Februari 2010

BERSAMA ALLAH OLEH AHMAD UTSMAN ALMARAGHI

Bersama Allah dalam derita penyakitku
dan dalam kepayahanku
ku bermunajat mengharap kesembuhanku
ku seru:Ya Rabb!Engkau Tuhan kami!
Engkau pemberi kesembuhan..Engkaulah
...Engkaulah harapanku
Bagiku tiada selain Mu
apabila terus berlanjutpenyakitku
kepadaMu kuserahkan penolak segala petaka.

Manusia sekitarku amat banyak
tapi mereka sedikit...
dalam tanggunjawab atas beban-beban
"saudara manfaat" dan "kawan-kawan yan lapang"
Dalam keborosan dan kekayaan
Tapi mereka kosong,mereka hampa
atas ujian yang menimpanya

Tuhan dan jiwaku
atau kelenyapan kekayaanku
Pabila kutujunseorang kawan yang ikhlas
dan mencari dengan penuh keinginan
tentang orang yang amanatku
kudapati diantara para kawan
orang-orang yang mulia
mereka itu dalam hakikatnya adalah "sari"
itulah orang-orang yang ikhlas
Tapi pertolongan Allah lebih kuat
untuk selama-lamanya
Dan lebih mulia dari kawan-kawanku
dan dari musuh-musuhku
Maka Allah atas manusia,atas wujud kita
atas kehidupan dan...
alamnya orang hidup

MAHA SUCI ALLAH
Maha Kuat Tuhan Kami...
Tuhanku.."Tuhan guna" dan "Tuahan petaka"
kubersamaNya Yang maha Agung
dengan jiwaku....
walau perasaanku dalam kesukaran...
penuh kepayahan.

Dipagi hari.....dalam fajar menyinsing
yang datang menjenguk stiap insan
Dengan "JamalNya"dari daya gelap
gelap nan gelita dalam kesedaranku.
dalam sujud,dalam rukuk
dalam langkah ku,dalam sepintas kelelapan..
dalam segala maksud
menyeru,mengharapmeminta-minta

Ya Tuhan! Ya Rahaman!
Engkau saja disampingku..
Bimbinglah daku...
menuju lorong hidayahMu
dan jagalah..daku
untuk selama-lamanya
dengan penjagaan dan pencegahan