MENCARI HAKIKAT SEORANG INSAN

MENCARI HAKIKAT SEORANG INSAN

Khamis, 11 Februari 2010

ALLAH YANG SATU

Jika Allah berada dimasjid
Siapakah yang memiliki alam diluar masjid
Jika Allah berada didalam Kaabah
Siapakah yang berada diluar kaabah
Jika Allah berada dibarat
Siapakah Tuhan di timur
Jika Allah berada ditimur
Siapakah Tuhan dibarat

Lihatlah dirimu
Siapa kamu

Semua manusia didunia adalah makhlukNya
Semua alam diliputiNya
Segala sesuatu dalam gengamanNya
Allah ada dimana kamu berada
Wakaupun dimana saja

Itulah Guru hakiki
Itulah pembimbing HAKIKI

Rabu, 10 Februari 2010

ERTI MAKNA ISLAM

Allah berseru kepada hambaNya
Hendaklah engkau menyerah kepadaKu dengan sepenuh hati mu,dan menyerah kepada perantara-perantaradengan tubuh mu supaya engkau bersamaku dengan kemahuan kerasmu,dan bersama selain ku dengan akal budi mu...Maka engkau sentiasa menghimpun kemahuan kerasmu atasku.
Tiada bahagian bagi selainKu terhadap dirimu kecuali hanya kehadiran mu bersamanya dengan akal budimu saja...,maka jangan engkau berdukacita atas kesempatan yang luput daripadamu dan jangan engkau besukaria atas kurnia yang dianugerahkanNya kepada mu dan jangan cepat-cepat marah kepada orang yang menyakiti hatimu,jangan pula bermegah dengan kekayaanmu dan menepuk dada menyombongkan ilmu pengetahuan mu.
Waspadalah jangan terpadaya terhadap kurniaKu dan jangan putus harapan kerana ujianKu dan jangan berjinak bermanja dengan sesuatu selainku.
laksanakan saja apa yang menjadi perintahKutampa menoleh kebelakang hal mu kalau demikian sama dengan malaikatKu yang berkemahuan teguh.
Bila engkau berlengah-lengah menanti perintahKu(sedangkan engkau sudah mengetahui) maka hal yang demikian terang-terangan engkau melanggar perintahKu

Jumaat, 5 Februari 2010

BERSAMA ALLAH OLEH AHMAD UTSMAN ALMARAGHI

Bersama Allah dalam derita penyakitku
dan dalam kepayahanku
ku bermunajat mengharap kesembuhanku
ku seru:Ya Rabb!Engkau Tuhan kami!
Engkau pemberi kesembuhan..Engkaulah
...Engkaulah harapanku
Bagiku tiada selain Mu
apabila terus berlanjutpenyakitku
kepadaMu kuserahkan penolak segala petaka.

Manusia sekitarku amat banyak
tapi mereka sedikit...
dalam tanggunjawab atas beban-beban
"saudara manfaat" dan "kawan-kawan yan lapang"
Dalam keborosan dan kekayaan
Tapi mereka kosong,mereka hampa
atas ujian yang menimpanya

Tuhan dan jiwaku
atau kelenyapan kekayaanku
Pabila kutujunseorang kawan yang ikhlas
dan mencari dengan penuh keinginan
tentang orang yang amanatku
kudapati diantara para kawan
orang-orang yang mulia
mereka itu dalam hakikatnya adalah "sari"
itulah orang-orang yang ikhlas
Tapi pertolongan Allah lebih kuat
untuk selama-lamanya
Dan lebih mulia dari kawan-kawanku
dan dari musuh-musuhku
Maka Allah atas manusia,atas wujud kita
atas kehidupan dan...
alamnya orang hidup

MAHA SUCI ALLAH
Maha Kuat Tuhan Kami...
Tuhanku.."Tuhan guna" dan "Tuahan petaka"
kubersamaNya Yang maha Agung
dengan jiwaku....
walau perasaanku dalam kesukaran...
penuh kepayahan.

Dipagi hari.....dalam fajar menyinsing
yang datang menjenguk stiap insan
Dengan "JamalNya"dari daya gelap
gelap nan gelita dalam kesedaranku.
dalam sujud,dalam rukuk
dalam langkah ku,dalam sepintas kelelapan..
dalam segala maksud
menyeru,mengharapmeminta-minta

Ya Tuhan! Ya Rahaman!
Engkau saja disampingku..
Bimbinglah daku...
menuju lorong hidayahMu
dan jagalah..daku
untuk selama-lamanya
dengan penjagaan dan pencegahan


Jumaat, 29 Januari 2010

ALLAH YANG MAHA BESAR



Allah adalah bukti dan tidak memerlukan bukti lagi,Allah adalah bukti sesuatu kerana sesungguhnya dia adalah yang mutlak.

Sebagai seorang manusia biasa sentiasa ingin mencari bukti dan mencari sebab-sebab yang dikira dapat melemahkan dan menyerupakan persoalan dengan dirinya.

Isnin, 25 Januari 2010

Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri. Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan. Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama. Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap. Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik. Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana. Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama. Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan. Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan.
Kejayaan membawa kepada impian, hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.
Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi" Wanita itu sendiri adalah rahsia Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian, Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Selasa, 12 Januari 2010

ALLAH ITU SATU

BUKANLAH ORANG ARIF ORANG YANG MEMPEROLEHI ISYARAT LALU MERASAKAN ALLAH S.W.T LEBIH DEKAT DARI ISYARATNYA. ORANG ARIF ADALAH ORANG YANG TIDAK MENYEDARI ISYARAT KERANA FANA DALAM WUJUD ALLAH S.W.T DAN DILIPUTI OLEH SYUHUD (PENYAKSIAN) KEPADA ALLAH S.W.T
Sekiranya Allah swt didahului oleh tiada nescaya ada yang memberi kesan pada kewujudan-Nya. Jika demikian halnya, maka Dia tidak layak menjadi Tuhan kerana yang berhak menjadi Tuhan ialah yang wujud sebelumnya dan yang mengadakannya. Jika tiada yang lain selain Dia, maka Dialah yang disifatkan Qadim daAllah swt mengurniakan manusia sedikit daripada limpahan sifat-sifat-Nya sebagai alat persediaan atau kelengkapan yang dapat dipergunakan oleh manusia untuk memikul beban taklif yang kerananya manusia diciptakan… Sifat-sifat yang tersebut adalah sifat Zatiyyah nisbah kepada Allah swt. Adapun nisbah kepada manusia maka sifat-sifat tersebut bukan sifat Zatiyyah kerana pada hakikatnya sifat-sifat tersebut hanyalah limpahan Ilahi kepada manusia. Jauh sekali kiranya pengertian atau kefahaman seperti ini memastikan manusia menjadi sekutu Allah swt. Muhammad Said Ramadhan Al Buti, Keyakinan Hakiki, 124 (1996).n Dialah Tuhan sebenarnya

Jumaat, 1 Januari 2010

NUKILAN RASA NURSUCI

JANGAN BERDUKA CITA DENGAN APA YANG TIDAK DIPEROLEHI
TAPI TERUS BERSUKUR DENGAN APA YANG TELAH DIANUGERAHKAN DAN DIBERIKAN NIKMAT.