MENCARI HAKIKAT SEORANG INSAN

MENCARI HAKIKAT SEORANG INSAN

Selasa, 12 Januari 2010

ALLAH ITU SATU

BUKANLAH ORANG ARIF ORANG YANG MEMPEROLEHI ISYARAT LALU MERASAKAN ALLAH S.W.T LEBIH DEKAT DARI ISYARATNYA. ORANG ARIF ADALAH ORANG YANG TIDAK MENYEDARI ISYARAT KERANA FANA DALAM WUJUD ALLAH S.W.T DAN DILIPUTI OLEH SYUHUD (PENYAKSIAN) KEPADA ALLAH S.W.T
Sekiranya Allah swt didahului oleh tiada nescaya ada yang memberi kesan pada kewujudan-Nya. Jika demikian halnya, maka Dia tidak layak menjadi Tuhan kerana yang berhak menjadi Tuhan ialah yang wujud sebelumnya dan yang mengadakannya. Jika tiada yang lain selain Dia, maka Dialah yang disifatkan Qadim daAllah swt mengurniakan manusia sedikit daripada limpahan sifat-sifat-Nya sebagai alat persediaan atau kelengkapan yang dapat dipergunakan oleh manusia untuk memikul beban taklif yang kerananya manusia diciptakan… Sifat-sifat yang tersebut adalah sifat Zatiyyah nisbah kepada Allah swt. Adapun nisbah kepada manusia maka sifat-sifat tersebut bukan sifat Zatiyyah kerana pada hakikatnya sifat-sifat tersebut hanyalah limpahan Ilahi kepada manusia. Jauh sekali kiranya pengertian atau kefahaman seperti ini memastikan manusia menjadi sekutu Allah swt. Muhammad Said Ramadhan Al Buti, Keyakinan Hakiki, 124 (1996).n Dialah Tuhan sebenarnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan