MENCARI HAKIKAT SEORANG INSAN

MENCARI HAKIKAT SEORANG INSAN

Selasa, 13 Julai 2010

DUA PULUH NIKMAT YANG ALLAH ANUGERAHKAN DIAKHIRAT

1.Allah Taala menyenangkan mereka daripada kesakitan apa bila tecabut nyawa dari badan
semasa sakaratul maut dan kenikmatan kesenangan tersebut Allah anugerahkan kepada
nabi-nabi dan rasul-rasul Allah mereka dimatikan didalam keadaan sedap dan lazat
seolah-olah mereka dapat rasa minum air sejuk semasa mereka sangat dahaga.

2.Mereka mendapat keteguhan makrifat dan keimanan,keteguhan yang sebegitu amat
diperlukan dan amat mustahak kepada sesiapa sahaja yamg menghadapi sakaratul maut
kerana diwaktu itulah akan tibanya bermacam-macam ujian dan duagaan besar
yang belum pernah mereka lihat.

3.Mereka mendapat keriangan,kegembiraan,keredoaan dan kesentosaan didalam kehidupan
diakhirat.

4.Berkekalan mereka didalam syurga dan segala nikmat didalamnya

5.Beroleh anugerah nikmat yang luar biasa iaitu roh mereka dikunjungi oleh malaikat-malaikat
dari tujuh petala langit dan bumi memberi hormat dan takzim kepada mereka begitu juga
jenazah mereka didunia dikunjungi,disembahyangkan dan diselawatkan oleh manusia yang

6.Mereka terselamat dari soalan Mungkar dan Nakir dan amanlah mereka didalam kubur

7.Mereka mendapat keluasan kubur dengan cahaya cerah dan bersinar-sinar.

8.Roh mereka diletakkan diatas burung-burung hijau seolah-olah mereka mendapat kenderaan
yang istimewa.

9.Mereka dihimpunkan didalam golongan orang-orang yang solehin mereka diberi mahkota
pakaian yang indah indah dan kenderaan borak yang istimewa.

10.Kelihatan muka mereka berseri-seri putih bercahaya kerana dapat menyaksikan wajah
Allah.

11.Mereka terselamat daripada huru hara dihari kiamat.

12.Mereka dapat memegang buku catitan amalan mereka dengan tangan kanan.

13.Mereka dihisab dengan sedikit sahaja dan ada diantara mereka tidak dihisab lansung.

14.Timbangan amalan mereka berat dineraca dan ada diantara mereka tidak ditimbang lansung.

15.Mereka berjaya dapat minum air telaga Nabi muhammad s.aw. dan apa bila mereka
meminum air tersebut mereka tidak akan merasa dahaga selama-lamanya.

16.Mereka dapat meniti titian siratul mustaqim dengan selamat.

17.Mereka dapat memberi syufaat kepada orang lain.

19.Mereka mendapat keredoaan Allah Taala.

20.Mereka mendapat melihat wajah Allah Taala dan inilah sebesar-besar nikmat yang
tidak terhingga dihari akhirat.

9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan