MENCARI HAKIKAT SEORANG INSAN

MENCARI HAKIKAT SEORANG INSAN

Rabu, 23 Disember 2009

APA YANG KITA CARI DIBUMI INI

Apa sebenarnya yang kita cari di dunia ini ya? Perjalanan amat seketika, penghujung teramat dekat. Mencari redha Allah ini, banyak di antara kita yang bertuhankan perasaan dan sijil2an atau teori semata. Pesan guruku, ilmu tidak mungkin sempurna tanpa amal. Jalan amal adalah jalan yang akan menemukan dengan titik pengakhiran ilmu yang dituntut. Sering sahaja kita mendengar bicara antara kita sendiri tentang betapa hebatnya ilmu yang diketahui (pinjaman sebenarnya - kita sering lalai tentang itu). Dan akhir2 ini banyak benar kekeliruan yang timbul serta salah faham terhadap tasauf dan tariqat ini, hatta yang sudah berada di dalam jalan ini juga terkeliru dan habis bercelaru. Kenapa ini semua terjadi? Apabila diajukan kepada guru saya, beliau menjawabnya dengan sepatah perkataan, "Nafsu." Saya diam dan berfikir sejenak nafsu apakah yang menyebabkan kita terjebak dalam puri kehancuran? Nyatalah nafsu yang tidak pernah menyokong kepada kebaikan sering menewaskan kewarasan iman yang kita yang selalu berbolak-balik. Dan kita pula wajib berusaha menundukkan nafsu sendiri demi mendampingi Dia. Hari ini saya memandang diri saya sendiri, "apakah aku telah melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh guruku?"
Nyanyian Asal : Allahyarham Nusrat Fateh Ali Khan
Nyanyian Semula : Raihan
Allahu Allahu Allahu Allahu Allah
Ye zame jabnate ye jaha jab nata
Chande sunaj nate aasama jab nata
Rozi haq bihi kisi par aya jab nata
Tab nata kuch ya ha Tha meger tu hi tu
Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu
Tika tiada bumi tiada segalanya
Bulan matahari langit pun tiada
Tiada siapa pun tahu rahsia keagungannya
Tiada yang wujud (ketika itu) melainkan Engkau
Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu
Lailaha teri syani ya vahdahu
Tu khaya lo tajassusta hi anza
Akh ki rosyni dhilki ya vasta
Ta bi tu he bi ta ho ga bi ta hi tu
Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu
Tiadalah Tuhan (melainkan Allah)
Maha Suci Yang Satu
Kau dalam ingatan
Kaulah impianku
Kau termata hatiku
Kaulah suara hatiku
Kau wujud dan Esa Kekal selamanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan