MENCARI HAKIKAT SEORANG INSAN

MENCARI HAKIKAT SEORANG INSAN

Ahad, 27 Disember 2009

SAJAK DUNIA DIAKHIR ZAMAN

Ribut barat melanda dunia
Angin barat bertiup hebat
Apa yang melanda pasti binasa
Apa yang dihembusnya pasti terkambus

Angin barat merosakanjenerasi muda
Anak muada tertiru-tiru dengan barat
Berambut panjang seperti orang hutan digua batu
Menari seperti beruk kena belacan
Terlompat tertonggeng seperti lontong
Terpekik terlolong seperti orang disampuk polong
Itu kata mereka kemajuan
Itu kata mereka moden
Itu kata mereka baik di tauladan

Otak mereka dibasuh oleh air hanyir barat
Hingga mabuk tak sedar diri
Pakaian tak senonoh
Ada pula seolah olah telanjang
Ada berpakaian hamis busuk
Muntah kena bau busuk nya
Malu hilang maruah hilang
Rosak akhlak rosak iman

Barat itu dajal
Pembohong besar
Pandai bermain kayu tiga
Mulut disumbat pisang,dubur diikat dengan kail
Pandai bermuka muka
Musang berbulu ayam
Terlunjuk lurus kelingking berkait
Pepatr diluar pancung didalam
Munafik hipokrit
Itulah perangai dajal
Dajal itu pembohong besar munafik agung
Janganlah jamu dihanyutkan dengan aliran barat
Kelak hati mu berkarat

Zikirullah zikirullsh zikirullah terus menerus
Agar jiwa kuat melawan godaan nya











Tiada ulasan:

Catat Ulasan