MENCARI HAKIKAT SEORANG INSAN

MENCARI HAKIKAT SEORANG INSAN

Sabtu, 13 Februari 2010

DOA KU PADA MU

Ya Rabbi
untuk mengharungi lautan hidup didunia ini hamba rasa gentar
tolonglah aku pimpinlah aku tujukilah aku
hamba tidak sanggup berlayar keseorangan
aku mahu teman
siapakah teman yang baik selain kau
oleh itu aku mahu berteman dengan engkau

Ya Rabbi
untuk masuk kegelanggang pergolakan hidup dengan manusia hamba juga rasa gentar
aku tiada terdaya berhadapan dengan seribu satu masalah
aku mahu pertolongan dan bantuan engkau
tolonglah hamba bantulah hamba
janganlah kau kalahkan aku dalam gelanggang ini
hamba mahu menang
hamba mahu penolong
siapakah yang lebih baik sebagai penolong melain engkau
oleh itu hamba mahu pertolongan engkau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan